[Back to Home]

Wednesday, August 31, 2005

Selamat Hari Merdeka~!

Hari yang istimewa ini, saya membuat keputusan untuk menulis dalam Bahasa Kebangsaan demi menunjukkan penghargaan dan penghayatan kepada negara yang tercinta. Rasa sedikit ganjil dan janggal... Apapun, Selamat Hari Merdeka!

48 tahun yang lepas, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada jajahan British di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. 2 tahun yang lepas pula, saya menyertai pertandingan mereka cipta laman web bertemakan Hari Kebangsaan. Eh, menyimpang dari topik asal pula. Baiklah, saya ada dua fakta menarik untuk pembaca semua:

1. Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama bernama Tuanku Abdul Rahman.... Tapi jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri kita yang pertama.

2. Hari Malaysia berbeza dari Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka. Hari Malaysia jatuh pada 16 September setiap tahun, manakala Hari Kebangsaan/Merdeka pada 31 Ogos. Hari Malaysia menandakan tarikh pencantuman negeri Sabah dan Sarawak (dan juga Singapura) dengan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, ada baiknya kita tahu banyak sedikit tentang negara kita. Malu-lah kalau tidak tahu apa-apa lansung, contohnya macam bilangan jalur dalam Jalur Gemilang. Kalau yang tidak tahu apa-apa tu, saya gemar gelar mereka "bodoh". Padan betul gelaran itu dengan sifat mereka.

Tak sabar rasanya menanti sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-50 pada tahun 2007. Mesti rayakan gilang-gemilang... Oh ya, ada satu perkara yang saya betul-betul hendak tekankan setiap kali menyambut Hari Merdeka -- kita mestilah tidak terlalu khusyuk merayakan hari ini sehingga sambutan itu lari dari maksudnya. Jangan melebih-lebih.

Seperkara lagi... berapa ramai antara anda yang ada mengikuti ucapan YAB Perdana Menteri sempena Hari Merdeka di televisyen? Ataupun nampak sahaja muka Pak Lah, terus ambil "remote" tukar "channel"?

Malang betul kamu membaca artikel ini dan dipersendakan oleh saya kerana tidak mengikuti ucapan beliau. Hahaha...! Malang sungguh.

Sebenarnya bukan panjang sangat ucapan 22 minit itu. Intipati ucapan tersebut amat penting kerana Pak Lah menyebut tentang beberapa masalah dalam negara, khususnya yang berkait dengan sikap rakyat Malaysia. Antaranya ialah mentaliti masih bertaraf Dunia Ketiga, sungguhpun infrastruktur yang ada berkelas satu. Ah... food for thought. Ooops, um, makanan untuk fikiran (?).

Hari Kebangsaan kali ini, saya akan berada di rumah sahaja. STPM hanya tinggal 2 bulan lagi, jadi demi tidak menyumbang kepada statistik pelajar gagal peperiksaan di negara ini, ini merupakan tindakan terbaik yang boleh saya ambil untuk menunjukkan semangat patriotik saya. Sebelum mengundur diri, sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Merdeka!

4 Comments:

Blogger Tasha Green said...

Dude, u scared me... *shiver*

September 04, 2005 12:05 AM  
Blogger Kakeng said...

I did? In what way? With my BM? Hahaha...

September 04, 2005 12:31 AM  
Blogger Tasha Green said...

yeah.. seriously. stop it arr!!! haha.. nah, ur BM was A-ok. but the fact that this is my first time reading a friend's blog in full BM and knowing that he always speaks english, shocked me to death.. lol.

September 04, 2005 3:29 PM  
Blogger Kakeng said...

*grins* ... Yep, it's kinda funny reading it myself. It just feels so strange. But I might do it again, who knows. I'll explore the creative and unique possibilities of blogging in BM.

September 04, 2005 4:35 PM  

Post a Comment

[Back to Home]